Hidupnya kau belum cukup garam ditelan dirasa
yang mana usia hanya sedang berusaha mengenal dunia
tolong
biarkan yang bukannya urusan kau itu
elak jadinya keutamaan.
Kau perjuang pihak itu ini
sampaikan bertelagah sesama sendiri
mencela sana sini.
Kau tolong sedar.
Setakat umur setahun jagung
makan minum pakai kau masing ditanggung
kerjanya kau melencong.
Dan kini kau tetap di situ
tiada mampu lakukan sesuatu.
 
 
No comments:
Post a Comment