Biasa tapi luar biasa,

Satu pesanan biasa
ucapan selamat malam cuma
tapi di belakang ada bait
yang buat darah meresap sampai ke muka
yang buat dada aku bagai mahu pecah
yang buat aku haru sampai air jernih mahu menitis.

Ini di belakangnya
yang biasa cuma,
Iloveyou so much and I will always stay by your side <3

Ya, biasa. Aku tahu.
Tapi aku juga tahu 
makna itu dalam
dan aku harap ini bukan
sekadar pesanan biasa.

Ini dari hati yang terdalam
moga dibawa sampai bila-bila
sampai mana-mana.

Selamat malam, sayang. Mimpi indah. 

Jam dunia, 0300
1102'12

No comments: