Permintaan hati,

Serasanya aku mahu lagi sujud
menyatukan dahi dengan tempat asalnya
dan berbisik rayu dengan seluruh rasa cemar
menyembah kepada satu Dia yang
mencipta seluruh alam.

Serasanya aku mahu lagi mengalirkan air mata jernih
hanya untuk Dia yang layak menerimanya
punya alami sehebat rasa yang pernah ada
Dia yang dengar tiada rasa jemu
aku yang meminta tiada pernah rasa puas.

Itulah dia namanya manusia
tiada pernah puas
tiada putus meminta-minta.

Pinta aku, agar semuanya baik-baik
tiada iri tiada benci walau sekelumit.

No comments: