Menghempap badan ke tilam lembut
merenung skrin
dan datang satu panggilan dari dia.
Berbual panjang
hilai tawa sana sini
memenuhi ruang perbualan.
Sampai di akhirnya
terpaksa pergi
sama-sama memanggil
cuma mahu mengingatkan
yang masing-masing sayang.
Satu-satu pesanan dilontar
satu-satu rasa diluah
sampaikan seperti tiada pernah mahu putuskan perbualan.
Tadi pagi, terjaga aku dari tidur, dan masih terngiang-ngiang ucap sayang itu. 
 
 
No comments:
Post a Comment