Kadang kita kena faham orang lain sebelum orang lain faham kita.
Kadang kita kena hormat orang lain sebelum orang lain hormat kita.
Kadang kita kena letakkan diri kita dekat tempat orang tu,
supaya kita tahu apa yang orang tu rasa.
Biar kita faham.
Kadang kita perlu itu.
Kadang kita perlu ini.
Sampai suatu saat,
aku sedar
aku yang terkial-kial sendiri
mahu mulakan semua benda.
Bila mana orang hanya diam
tengok mana bodohnya aku
mana celanya aku.
Dan sampai saat ini, aku penat.
 
 
No comments:
Post a Comment