Cara sendiri,

Dalam pada aku mengejar
apa sang manusia lain
damba-dambakan
dalam pada aku mengharap
apa sang manusia lain
ingin-inginkan.

Aku sebenarnya silap
silap mengejar sama
apa yang mereka kejar-kejarkan
aku sebenarnya silap
silap mengharap sama
apa yang yang mereka harap-harapkan.

Dan sekarang seperti
ada suatu yang menepuk bahu
ada suatu yang menghembus bayu lembut
buat aku tersedar suatu yang pantasnya
aku patut tahu dari dulu.

Bahawa kita ada cara kita sendiri. Bukan begitu?

No comments: