Semburan kata cela,

Kau mencela sini
dia mencela sana
masing masing kerjanya saling membaling tahi
yang akhir sekali mangsa itu
kita.

Bodoh.

Laginya bodoh bila mana ada di antara kita
turut sama,
sama sama cela mencela.

Gila.

Sampai bila 
yang nama bersatu itu akan ada.

Cukup.

Henti semua.

Perlu kau ingat mati depan mata
andai nanti tiada yang redha
siapa mahu tolong
mampu kau bangkit tembus tanah merah?

No comments: